Thursday, 26 December 2019

Akhirnya.....

Akhirnya aku belajar untuk melepaskan. Melepaskan sesuatu yang takkan terjadi. Beban sebuah harapan dan cinta yang takkan pernah tertunai. Mungkin kita rasa perancangan kita dah cukup hebat, tapi kita lupa perancangan Allah lagi hebat. Perkenalan kita berakhir dengan kau pergi pada orang lain meninggalkan aku sendirian menanggung sebuah rindu. Tak apa lahh aku terima dengan hati yang terbuka dan anggap kita tiada jodoh untuk bersama. Selamat tinggal dan semoga berbahagia dengan orang yang kau sayang. Assalamualaikum 🙂✌🏻

Tuesday, 24 December 2019

Adakah aku tak layak untuk bercinta?

Sakit hati kan bila kita tengok orang yang kita sayang, orang yang kita tunggu, orang yang kita cinta sedang bahagia dengan orang lain. Setelah beberapa tahun perkenalan, akhirnya dia memilih untuk bersama dengan lelaki lain. Bodohkah aku sebab menantikan benda yang tak pasti?? Aku tahu kau dah tawar hati dengan aku, dah taknakkan aku tapi apa salahnya kau berterus terang dengan aku. Tak salah pun kalau kau kata yang kau dah ada lelaki lain yang boleh menggantikan tempat aku walaupun benda tu sebenarnya sangat pahit untuk ditelan. Tapi kau memilih untuk tipu aku. Kau kata kat aku yang kau tak nak ada commitment dengan cinta, nak fokus kerja tapi hakikatnya hahahahaha aku nangis do bila tahu yang kau tipu aku. Aku susah nak sayang perempuan tapi bila perempuan yang aku dah sayang gila gila buat aku macam ni, sakitnya tuu memang sakit sangat. Adakah aku tak layak untuk bercinta? Ya aku tahu aku banyak sakitkan hati kau dan aku sedar benda tu. Manusia akan sering melakukan kesalahan dan dari situ lah mereka belajar dari kesilapan sendiri untuk jadi yang lebih baik. Setelah bertahun tahun kita kenal, dah tahu baik buruk masing masing namun kau pilih untuk pergi sebab tak boleh terima kekurangan aku. Disebabkan kita jauh, kau tak boleh nak terima benda tu. It's okay beb aku pun tak salahkan kau sepenuhnya, mungkin ada jugak silap dari aku. Aku harap sangat sangat lelaki yang kau pilih tu mampu jaga kau. Lagipun dia kan sentiasa ada depan mata kau so aku harap dia jaga kau sebaik baiknya lah. Aku sedar yang aku masih belajar, takde kerja, takde duit dan mungkin itu salah satu sebabnya kau pergi kat lelaki tu. Sapa je wehh taknak lelaki yang bekerjaya, handsome, caring, selalu ada time susah senang kau. Aku tahu aku takda semua tu wehhh hahahahaha takpa lahhh aku harap satu hari nanti aku akan berjaya. Aku doakan agar kau bahagia disisi lelaki tu. Dah nak masuk tahun 2020 dah ni, nak taknak aku kena move on. Terima kasih untuk segala kenangan kita. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tolong maafkan dan halalkan segalanya ya. 🤗🤗 #2016-2019 #cintatakkesampaian #akuokje #oklahsangatkanhahahahaha #25/12/2019 #00:18

Tawar Hati

Apa itu tawar hati? Tawar hati adalah sesuatu perasaan di mana ia bukannya benci tetapi sudah tidak mahu melihat pasangan anda lagi. Ianya seperti tidak akan kisahkan segala hal yang melibatkan anda. Ada kalanya berterus terang lebih baik daripada menafikannya. Kalau seseorang sudah tawar hati dengan pasangannya maka berterus teranglah dan jangan membiarkan seseorang itu menanti dengan penuh harapan okay.😄🤗 Goodbye! 

Monday, 23 December 2019

Pengenalan

Hi Assalamualaikum. 23/12/2019 for the first time aku buat blog ni. So kat sini la tempat aku nak luahkan segala macam benda yang aku simpan sepanjang 3/4 tahun before this. Stay tune okay! 😉