My Life
Friday, 29 May 2020
Sabarlah.....
Dikala kenangan melambai lambai dari jauh seolah olah memanggil kembali, hati kuat mengatakan agar terus kekal tabah dalam menempuh dugaan yang mendatang. Tatkala rindu datang menyapa dengan lembutnya namun takdir tidak berpihak pada kita. Sabar lah wahai hati, semoga akan ada sesuatu yang baik buat kamu nanti :) #30/5 #0107
Monday, 25 May 2020
Mengapakah
Kenapa kau muncul lagi dalam hidup aku? Apa motif kau sebenarnya ye? Aku masih ragu ragu, adakah tidak cukup untuk kau menyiksa hati aku. Sudah la weh aku dah penat dah, kau robek robekkan hati aku, kau hancurkan impian aku. Aku dah taknak berharap apa apa dahh, cukup lah benda benda yang dah lepas, biarkan ia berlalu pergi. Mungkin aku boleh maafkan kau tapi belum tentu hati yang berkecai ni dapat jadi seperti sebelum sebelum ni. Kau dah bahagia sekarang so cukup cukuplah untuk sakitkan hati aku lagi. Aku pun nak merasa apa itu bahagia, apa itu rasa dicintai dan mencintai. Maaf sebab aku terpaksa memilih untuk membenci kau. Hope everything gonna be well. Stay strong dearself! 💪🏻 #22:29 #2ndSyawal
Friday, 8 May 2020
Syukur Selalu
Hi, Salam Ramadhan semua! Okay harini aku nak cerita sikit pasal bersyukur. Tatkala masing masing ingin mendapatkan yang terbaik dalam hidup mereka namun masih lagi ada insan yang kurang bernasib baik. Janganlah kita rasa "ahhh aku nak jugak yang tu" sedangkan orang lain tak mampu kecapi apa yang kita dah ada sekarang ni. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, InsyaAllah Allah akan lipat gandakan rezeki apabila seseorang itu bersyukur dengan apa yang dia ada. Lain orang lain cabang rezekinya so jangan la pertikaikan apa-apa pasal orang lain. Cukup sekadar bersyukur dengan apa yang kita ada. Dahhh dahhh bulan puasa ni kita bagi motivasi yang baik baik je. Asyik nak sendu selalu pun bosan jugak hahahahaha ok chau dulu. Assalamualaikum 😛
Saturday, 25 January 2020
Kerana itu takdirnya 😌
Kita tak mampu untuk lari dari realiti. Realiti kehidupan terutamanya yang mana kalau kita kata tidak sekalipun ianya tetap akan berlaku. Itulah realiti. My dream is to build our life together but you choose to leave me. Hancur impian aku weh hahahaha takpa aku anggap itulah takdirnya. Jangan pernah engkau cari aku lagi. Pls go away and stay with your new one. He's perfect and i hope so. #taknakkenalorangutaralagidah #semuanyasama #24/1/2020
Wednesday, 1 January 2020
New Year, New Me 😄
Hi January 2020! 🎉🎇
2019 dah pun melabuhkan tirainya, banyak perkara yang dipelajari sepanjang 2019. Pahit manis tawar masam semua lahhh hahahahahaha. Semoga 2020 memberi kesan yang baik untuk diri ini. Mana la tahu kot kot dapat girlfriend ke kan huhuhuhuhu 😂🤭 okay lahhh nanti kita sambung lagi okay 😘 #page1/366 #fullofhappiness #creatememoriestogether
Thursday, 26 December 2019
Akhirnya.....
Akhirnya aku belajar untuk melepaskan. Melepaskan sesuatu yang takkan terjadi. Beban sebuah harapan dan cinta yang takkan pernah tertunai. Mungkin kita rasa perancangan kita dah cukup hebat, tapi kita lupa perancangan Allah lagi hebat. Perkenalan kita berakhir dengan kau pergi pada orang lain meninggalkan aku sendirian menanggung sebuah rindu. Tak apa lahh aku terima dengan hati yang terbuka dan anggap kita tiada jodoh untuk bersama. Selamat tinggal dan semoga berbahagia dengan orang yang kau sayang. Assalamualaikum 🙂✌🏻
Tuesday, 24 December 2019
Adakah aku tak layak untuk bercinta?
Sakit hati kan bila kita tengok orang yang kita sayang, orang yang kita tunggu, orang yang kita cinta sedang bahagia dengan orang lain. Setelah beberapa tahun perkenalan, akhirnya dia memilih untuk bersama dengan lelaki lain. Bodohkah aku sebab menantikan benda yang tak pasti?? Aku tahu kau dah tawar hati dengan aku, dah taknakkan aku tapi apa salahnya kau berterus terang dengan aku. Tak salah pun kalau kau kata yang kau dah ada lelaki lain yang boleh menggantikan tempat aku walaupun benda tu sebenarnya sangat pahit untuk ditelan. Tapi kau memilih untuk tipu aku. Kau kata kat aku yang kau tak nak ada commitment dengan cinta, nak fokus kerja tapi hakikatnya hahahahaha aku nangis do bila tahu yang kau tipu aku. Aku susah nak sayang perempuan tapi bila perempuan yang aku dah sayang gila gila buat aku macam ni, sakitnya tuu memang sakit sangat. Adakah aku tak layak untuk bercinta? Ya aku tahu aku banyak sakitkan hati kau dan aku sedar benda tu. Manusia akan sering melakukan kesalahan dan dari situ lah mereka belajar dari kesilapan sendiri untuk jadi yang lebih baik. Setelah bertahun tahun kita kenal, dah tahu baik buruk masing masing namun kau pilih untuk pergi sebab tak boleh terima kekurangan aku. Disebabkan kita jauh, kau tak boleh nak terima benda tu. It's okay beb aku pun tak salahkan kau sepenuhnya, mungkin ada jugak silap dari aku. Aku harap sangat sangat lelaki yang kau pilih tu mampu jaga kau. Lagipun dia kan sentiasa ada depan mata kau so aku harap dia jaga kau sebaik baiknya lah. Aku sedar yang aku masih belajar, takde kerja, takde duit dan mungkin itu salah satu sebabnya kau pergi kat lelaki tu. Sapa je wehh taknak lelaki yang bekerjaya, handsome, caring, selalu ada time susah senang kau. Aku tahu aku takda semua tu wehhh hahahahaha takpa lahhh aku harap satu hari nanti aku akan berjaya. Aku doakan agar kau bahagia disisi lelaki tu. Dah nak masuk tahun 2020 dah ni, nak taknak aku kena move on. Terima kasih untuk segala kenangan kita. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tolong maafkan dan halalkan segalanya ya. 🤗🤗 #2016-2019 #cintatakkesampaian #akuokje #oklahsangatkanhahahahaha #25/12/2019 #00:18
Subscribe to:
Posts (Atom)